Monday, March 2, 2009

Salam sejahtera.

Setelah 3 bulan saya mencipta blog ini lebih 50 orang telah menghubungi saya melalui email.dan boleh dikatakan kesemua mereka telah mendapat wang tuntutan daripada NABINCO si penipu. Jumlah yang paling banyak setakat ini adalah RM 33,000 dan yang kedua RM12,000. Yang lain-lain sekitar RM 500-RM 6000. So, saya harap anda dapat memberikan komen/testimonial atau apa sahaja untuk dikongsi bersama.IDENTITI ANDA AKAN DIRAHSIAKAN SEKIRANYA ITU YANG ANDA MAHU...

Kebanyakkan yang membuat tuntutan adalah mereka yang terpelajar atau pun celik IT. So, saya terfikir dan risau bagaimana dengan mereka yang tidak pandai surf internet atau jarang jarang surf internet.bagaimana untuk membantu mereka? Pihak nabinco penipu ini tidak mengenal sesiapa, asalkan ada duit mereka akan tipu, termasuklah orang2 tua yg dah pencen, cikgu cikgu, staf staf kerajaan, businessman, dan mereka juga tidak mengenal bangsa samada melayu cina ataupun india dll...Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan untuk menangani masalah ini sila sampaikan ke emel saya antinabinco@gmail.com...

Saya telah mengadukan masalah ini kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab, namun nabinco masih beroperasi seperti biasa. Pihak TTPM dan KPDNHEP telah membatalkan lesen premis syarikat berkenaan...Apakah tidak ada jalan lain untuk menghapuskan penipuan mereka? Kita bukan nak menghalang mereka untuk berniaga jade mattress, digital stove dll, tapi kita nak mereka berniaga dengan cara yang betul, tanpa mengelirukan pengguna...Sebarang cadangan emelkan kepada saya.

Nampaknya kita semua kena lebih berhati-hati dan bertindak tegas kepada penipuan NABINCO kerana mereka semakin bermaharajalela sekarang. Melalui aduan yang saya terima terdapat beberapa masalah baru yang timbul:

1. Mangsa penipuan nabinco yang membeli produk nabinco melalui peraduan gores dan menang atau cabutan bertuah dan mereka tidak diberi resit dari syarikat.so menjadi satu masalah besar bagi mereka untuk menuntut kembali wang mereka kerana tiada bukti pembelian.Nabinco memberikan alasan yang mereka memenangi cabutan bertuah, bukan membeli produk, oleh itu tiada resit diberikan.

2. Seorang mangsa lain pula diminta menandatangani satu surat, dan bila mangsa pulang ke rumah baru dia perasan bahawa surat yang di tandatangani adalah surat akuan bahawa mangsa telah menerima wang tuntutan dari nabinco.OLEH ITU, JANGAN MENANDATANGANI APA-APA SURAT PERJANJIAN ATAU SEBARANG DOKUMEN SEBELUM MEMBACANYA.

3.Biasanya setelah "terbeli" produk nabinco, mereka akan berjanji untuk menjualkan barangan tersebut dengan harga yang tinggi, tetapi itu semua tipu daya helah nista mereka sahaja.JANGAN PERCAYA!!!

JANGAN MENGALAH, TERUSKAN MEMBUAT TUNTUTAN WANG ANDA WALAU APA KEADAAN SEKALI PUN.

Sekian dahulu, sebarang berita informasi akan di edit dari masa ke semasa.terima kasih

Thursday, December 11, 2008

INTRODUKSI

blog ini diwujudkan atas dasar kasih sayang dan bantu membantu.di harap kawan2 yang mempunyai masalah atau sebarang info tentang penipuan syarikat jualan langsung dapat membantu saya.emailkan ke antinabinco@gmail.com

LAWAN SEMUA PENIPUAN

nama syarikat penipu

Wijaya Marketing: Didedahkan sampai tutup kedai
Glotron Marketing: Didedahkan sampai tutup kedai
Sinuri Marketing: Didedahkan sampai tutup kedai
Ezono Network: Didedahkan sampai tutup kedai
Wellnic Supply: Didedahkan sampai tutup kedai
Worldwide Freshway: Akan didedahkan sampai tutup kedai
Bonanza Marketing: Belum pakai, tapi kami akan dedahkan juga sampai tutup kedai
Fancy_Ed Marketing Sdn BhdWater Sonic Sdn Bhd
NABINCO NETWORK akan didedahkan sehingga tutup kedai dan hentikan penipuan

NABINCO NETWORK:-
fax 04-5374180 nabinco in penang HQ,

phone number 1800882136

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0306&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_04.htm

check it out

Wednesday, December 10, 2008

LANGKAH-LANGKAH TUNTUTAN WANG DARI NABINCO NETWORK PENIPU SDN BHD

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selepas tertipu, dengan NABINCO NETWORK saya berasa bertanggungjawab untuk membantu sahabat-sahabat lain yang turut menjadi mangsa NABINCO. Jangan berputus asa. Masih ada jalan untuk kita dapatkan duit kita kembali. Saya tak berani nak berjanji yang tuan-tuan akan dapat duit tuan kembali tetapi disini saya akan memberikan jalan atau prosedur yang perlu tuan lakukan untuk membuat tuntutan wang. Jangan takut, kita di pihak yang benar, mereka yang mengambil kesempatan ke atas lemah lembut dan budi bahasa kita. =)

PASTIKAN ANDA MASIH MENYIMPAN RESIT BUKTI PEMBAYARAN.
PASTIKAN PRODUK MEREKA BELUM DIGUNAKAN LAGI.


Langkah-langkah untuk menuntut wang anda adalah:

1- Sekiranya perlu, buat aduan di balai polis.

2- Buat aduan di TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA. Untuk mengetahui lokasi pejabat TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA yang terdekat dengan anda sila klik disini:

http://ttpm.kpdnhep.gov.my/portal/index.php?option=com_content&task=view&id=22&Itemid=30

Anda dinasihatkan menghubungi TTPM yang berhampiran dengan lokasi anda.

Setiausaha,
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Aras 5,
Podium 2,
No 13,
Persiaran Perdana,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623 PUTRAJAYA,
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA.
TEL: 03-8882 5822
FAX: 03-8882 5831
Toll Free : 1800-88-9811

Anda boleh membuat tuntutan melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia dengan mengisi Borang 1 dan menyerahkan Borang 1 berkenaan dalam tiga salinan bersama-sama dengan apa-apa dokumen yang berkaitan dengan tuntutan tuan (fotostat tiga salinan) dan menyerahkannya di alamat Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

Borang 1 tersebut boleh didapati melalui laman webTTPM di:-
http://www.kpdnhep.gov.my/

p/s- sekiranya anda tidak mengetahui kaedah sebenar, sila hubungi atau datang terus ke Pejabat TTPM berhampiran, mudah, cepat dan berkesan


3. Sekiranya urusan jual beli (penipuan) NABINCO NETWORK masih dlm tempoh 10 hari selepas keluar resit, tuan-tuan boleh menghantar surat ‘ cooling of letter’ yang menyatakan tuan tidak berpuas hati dengan produk-produk mereka.Mengikut undang-undang akta pengguna,dalam masa 10 hari pembeli berhak memulangkan kembali produk yang dibeli dan dapatkan wang sekiranya pembeli tidak berpuas hati dengan produk yang diberi oleh pihak syarikat.contoh surat ‘cooling of letter’ :

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Date :

Victim Name :
Address:
Phone No :

Company Name :
Address :
Att: Their boss
c.c: Supervisor
Salesman

Re: Rescission of Direct Sells Contract for Items Listed in Receipt No: (XXXX) dated xxxxxx.
On Monday 14th April 2008 by a direct selling lucky draw trick, you persuaded me to pay for the following items from you. The items listed below:

a. KFM11B-22 Multi-Function Reflexologist
b. KEW-8228 Kenko Energy Water System
c. GVC-8228 Water-Filtration Vacuum Cleaner

I signed a contract with you and paid Ringgit Malaysia Three Thousand Forty Five using my CITIBANK Visa Card (No:XXXXXXXXXXXXX) and Ringgit ninety-seven cash for the bank transaction charges.I hereby serve notice to you to cancel this Direct Sales Contract for the following reasons:-

1. On your contract you did not have the words “THIS CONTRACT IS SUBJECT TO A COOLING - OFF PERIOD OF TEN WORKING DAYS”: therefore contravening Section 23 1 ( b ) of the Direct Sales Act 1993. Based on this, the contract is void.

2. You did not give me a copy of sign contract: therefore contravening Section 23 ( 1 ) of the Direct Sales Act 1993. Based on this, the contract is void.

3. You accepted money from me before the ten working days cooling-of period: therefore contravening Section 25 ( 4 ) of the Direct Sale Act 1993.

4. Besides contravening the Direct Sales Act 1993, in the first place, you use sales tactic that amount to fraud. Your sales tactic is a trick to lure people into buying your products that they do not have need for and cannot afford.

Based on Section 26 of the Direct Sales Act 1993, I hereby exercise my right to cancel the contract and request full refund for payment Ringgit Malaysia Three Thousand Fourty Five.

Thank You,
Sincerely,

Signature

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
p/s-untuk dapatkan surat ini dalam salinan softcopy, format MWord, sila hubungi saya melalui email antinabinco@gmail.com. Sila edit pada nama mangsa, alamat, tarikh, produk dan lain-lain yang berkaitan.

Adalah lebih baik sekiranya surat ini di hantar secara ‘byhand’ dan dinasihatkan jangan pergi berseorangan diri.”bertindak tegas terhadap mereka yang menindas kita’

SEKIRANYA TEMPOH TARIKH PEMBELIAN DI RESIT MELEBIHI 10 HARI MAKA ANDA TIDAK PERLU MEMBUAT COOLING OF LETTER.WALAUBAGAIMANAPUN ANDA MASIH ADA JALAN UNTUK DAPATKAN WANG ANDA KEMBALI MELALUI ADUAN TERUS KE TRIBUNAL TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA seperti yang dinyatakan dalam langkah ke 2 di atas.

4- Pergi ke pejabat NABINCO yang telah menipu anda dan anda dinasihatkan berjumpa dengan Pengurus Pejabat, atau org yang tertinggi jawatan dalam syarikat tersebut.Sekali lagi diingatkan jangan datang berseorangan diri.bawa bersama dengan anda kawan-kawan Serahkan kepada pengurus /wakil NABINCO surat cooling of letter dan surat tuntutan dari TTPM, minta dia cop dan tanda tangan pada salinan yang dipegang oleh pihak kita (penuntut).Minta dia fakskan salinan surat untuk NABINCO kepada HQ mereka.Sekiranya mereka enggan menandatangani salinan surat TTPM penuntut, maka anda dinasihatkan terus pergi ke Pesuruhjaya sumpah dan minta cop dari pesuruhjaya, menyatakan bukti bahawa anda telah menyerahkan surat tuntutan TTPM kepada NABINCO. Jangan sesekali menerima pelawaan dari pihak Nabinco, mereka akan cuba memperdaya kita untuk menarik balik aduan TTPM, pastikan anda menuntut wang penuh “FULL REFUND” jangan termakan pujuk rayu mereka untuk terima separuh atau kurang dari nilai wang yang telah anda berikan kepada mereka.Jangan serahkan resit original kepada mereka sehingga mereka menyerahkan kepada kita cek yang sama nilai dengan wang yang telah anda keluarkan dahulu.Jangan batalkan kes di TTPM sehingga cek tersebut clear dan anda dapat wang tunai.Anda hanya perlu membatalkan kes di TTPM selepas mendapat wang kerana dikhuatiri mereka menyerahkan ‘cek tendang’ kepada anda

5. Sekiranya mereka masih tidak memberikan cek, maka pihak TTPM akan bertindak. Selepas pendengaran kes (biasanya masa bukak kes,mahkamah akan bagi satu tarikh untuk pendengaran),biasanya NABINCO takkan datang, mahkamah akan bagi perintah untuk NABINCO bayar balik duit penuntut within 14 days.

6.Biasanya pihak NABINCO akan buat pembayaran kembali melalui cek

Hubungi saya di antinabinco@gmail.com Sekian.


GOOD LUCK TO ALL

untuk membaca testimonial/komen/pandangan dari kawan kawan lain sila klik link di bawah
http://welleywatch.heritage-tech.net/35/pictures-of-nabinco-network-scammers-in-kajang-prima/comment-page-24/#comment-14364