Salam sejahtera.
Setelah 3 bulan saya mencipta blog ini lebih 50 orang telah menghubungi saya melalui email.dan boleh dikatakan kesemua mereka telah mendapat wang tuntutan daripada NABINCO si penipu. Jumlah yang paling banyak setakat ini adalah RM 33,000 dan yang kedua RM12,000. Yang lain-lain sekitar RM 500-RM 6000. So, saya harap anda dapat memberikan komen/testimonial atau apa sahaja untuk dikongsi bersama.IDENTITI ANDA AKAN DIRAHSIAKAN SEKIRANYA ITU YANG ANDA MAHU...
Kebanyakkan yang membuat tuntutan adalah mereka yang terpelajar atau pun celik IT. So, saya terfikir dan risau bagaimana dengan mereka yang tidak pandai surf internet atau jarang jarang surf internet.bagaimana untuk membantu mereka? Pihak nabinco penipu ini tidak mengenal sesiapa, asalkan ada duit mereka akan tipu, termasuklah orang2 tua yg dah pencen, cikgu cikgu, staf staf kerajaan, businessman, dan mereka juga tidak mengenal bangsa samada melayu cina ataupun india dll...Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan untuk menangani masalah ini sila sampaikan ke emel saya antinabinco@gmail.com...
Saya telah mengadukan masalah ini kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab, namun nabinco masih beroperasi seperti biasa. Pihak TTPM dan KPDNHEP telah membatalkan lesen premis syarikat berkenaan...Apakah tidak ada jalan lain untuk menghapuskan penipuan mereka? Kita bukan nak menghalang mereka untuk berniaga jade mattress, digital stove dll, tapi kita nak mereka berniaga dengan cara yang betul, tanpa mengelirukan pengguna...Sebarang cadangan emelkan kepada saya.
Nampaknya kita semua kena lebih berhati-hati dan bertindak tegas kepada penipuan NABINCO kerana mereka semakin bermaharajalela sekarang. Melalui aduan yang saya terima terdapat beberapa masalah baru yang timbul:
1. Mangsa penipuan nabinco yang membeli produk nabinco melalui peraduan gores dan menang atau cabutan bertuah dan mereka tidak diberi resit dari syarikat.so menjadi satu masalah besar bagi mereka untuk menuntut kembali wang mereka kerana tiada bukti pembelian.Nabinco memberikan alasan yang mereka memenangi cabutan bertuah, bukan membeli produk, oleh itu tiada resit diberikan.
2. Seorang mangsa lain pula diminta menandatangani satu surat, dan bila mangsa pulang ke rumah baru dia perasan bahawa surat yang di tandatangani adalah surat akuan bahawa mangsa telah menerima wang tuntutan dari nabinco.OLEH ITU, JANGAN MENANDATANGANI APA-APA SURAT PERJANJIAN ATAU SEBARANG DOKUMEN SEBELUM MEMBACANYA.
3.Biasanya setelah "terbeli" produk nabinco, mereka akan berjanji untuk menjualkan barangan tersebut dengan harga yang tinggi, tetapi itu semua tipu daya helah nista mereka sahaja.JANGAN PERCAYA!!!
JANGAN MENGALAH, TERUSKAN MEMBUAT TUNTUTAN WANG ANDA WALAU APA KEADAAN SEKALI PUN.
Sekian dahulu, sebarang berita informasi akan di edit dari masa ke semasa.terima kasih
Monday, March 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hey,
ReplyDeletethank you for your info. My case, is were i "won" some prized through the lucky draw and i did not receive any receipt; furthermore, i felt as if i was "pukau" by them. The off cooling period, is it valid? since i did not buy from them, so is the direct sales act relevant?
i went to tribunal..bt they said chances are small. please help.
Mic